Tentang Kami

  1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Ditubuhkan Dalam Membangunkan Personaliti Dan Idea Seorang Pemimpin Dalam Kalangan Pelajar. MPP Akan Dibentuk Melalui Pembelajaran Pengurusan, Kepimpinan, Pelaksanaan Aktiviti, Etika Majlis Dan Motivasi Bagi Membolehkan Mereka Mempunyai Nilai Tambah Yang Berbeza Kepada Pelajar Lain. MPP Mempunyai Peranan Membantu Pihak Pengurusan Dalam Mengenalpasti Keperluan Dan Kebajikan Pelajar. Selain Itu Mpp Juga Bertindak Menghidupkan Suasana Institut Dengan Pelbagai Agenda Dan Aktiviti Untuk Pelajar.

 

WhatsApp Image 2019-07-29 at 11.09.09 PM
OBJEKTIF

i. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. ii. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada. iii. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar. iv. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang. v. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

MISI

Menjadi perantara di antara pelajar ILP Kepala Batas dengan pihak pengurusan ataupun sebaliknya menyediakan satu saluran pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.

VISI

Memastikan kebajikan dan hak pelajar ILP Kepala Batas tidak terabai serta memastikan pelajar dapat menikmati keselesaan dan kemudahan di ILP Kepala Batas bagi memudahkan pembelajaran pelajar.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab pemimpin mahasiswa juga seharusnya meletakkan nilai-nilai kerohanian serta memperkukuh spiritual dalam kalangan setiap warga pimpinannya. Jiwa yang hidup dengan agama tidak akan pernah terpesong daripada hakikat sebenar sebuah perjuangan. Aktiviti bersifat kerohanian perlu disusun agar agenda membina ummah sejagat mampu dicapai.

CABARAN

Dalam pada menjadi pemimpin dalam MPP di institut, tidak dapat dinafikan setiap daripada ahli bakal dihujani pelbagai cabaran dan mehnah tribulasi yang menyerang dari segenap aspek. Maka, pengurusan diri dan kepatuhan masa amat penting dalam melayari bahtera kepemimpinan. Pemimpin seharusnya mempunyai penyusunan masa yang jitu dan efisien dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan.

KEBAJIKAN

Kebajikan adalah elemen penting dan menjadi asas utama dalam penubuhan pimpinan mahasiswa di kampus. Mahu tidak mahu, ahli MPP yang dilantik seharusnya mengutamakan kebajikan mahasiswa dan tidak boleh mengabaikannya walau sekecil perkara. Segala-galanya perlu dititikberatkan. Konsep gagasan berkebajikan perlu diterapkan di semua kampus yang mementingkan setiap ahlinya mendapat hak yang sepatutnya.

LOGO-MPP-PNG

MASALAH ADUAN

Kami Akan Selesaikan Dengan Segera

Aktiviti Yang Dijalankan

Minggu Suai Kenai Sesi 2/2019

Alhamdulillah,Fasilitator MPP telah selesai dengan jayanya dalam program Minggu Suai Kenai Sesi 2/2019 dengan rekod kemasukan paling ramai.Oleh itu,terima kasih mahasiswa baharu

Karnival Masam-Masam Manis Anjuran Jawatankuasa Kelestarian Remaja (SPUGTZ)

Karnival Masam-masam Manis SPU Getting To Zero (SPUGTZ) anjuran Jawatankuasa Kelestarian Remaja, SPUGTZ telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), di sini pagi tadi. Karnival ini diadakan bagi melaksanakan intervensi yang lebih komprehensif dalam menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Program ini melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar ILP Kepala Batas dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar

Program Simulasi Haji Cilik 2019

Seramai 32 urusetia SHC menyertai Program Simulasi Haji Cilik 2019 bagi memberi peluang kepada mereka melalui pengalaman menjaga budak-budak program Ini dengan kerjasama Pertubuhan Tadika Islam Malaysia ( PERTIM ) , Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas Jugak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan bagi memudahkan kanak-kanak terbabit memahami apa yang berlaku ketika musim haji dan bagaimana melaksanakan Rukun Islam kelima itu dengan sempurna..

PLATFORM WEBSITE MPP OFFICIAL

icon-team
Coaching
Max-icon-4@0.5x
images